Tuesday, November 20, 2007

IKAN TERUBUK-ASAM PEDAS TUMIS MELAKA


Asam pedas melaka .. resepi asal dari jun tapi di tambah sedikit bahan nya mengikut resepi mama i.. ... nyammmmmmmmmm...........

IKAN MASAK ASAM PEDAS TUMIS

Bahan-bahan ( 1 family... );

1 ekor ikan terubuk

Bahan kisar:-

1 1/2 inci belacan bakar
3 biji bawang merah
10biji cili kering
1/2 in halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh biji ketumbar
1/4 sudu teh lada hitam
1/2 in kunyit hidup @ serbuk kunyit
2 ulas bawang putih

Bahan tumis:-

@ 1/2 bawang besar-hiris
@ 1/4 sudu teh biji sawi
@ 1/4 sudu teh halba
@ 2 tangkai daun kari
@ 2 bunga lawang
@ 2 buah pala

air asam jawa secukupnya
air secukupnya
1 biji tomato-potong
25 biji kacang bendi1 serai-diketuk
1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
minyak masak
garam dan gula jika suka

Cara-cara ;

Panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.

1 comments:

tali_tape said...

hehehe. org melaka ni. nak share masak asam yg lebih simpel tapi sedap. tak perlu letak rempah. yg perlu cuma bawang merah dan putih, cili, kunyit, asam dan daun limau. sesuai untuk masak ikan-ikan kecil cam ikan selar atau kembung. try la. kalau kene ngan ikan bawal lagi sedap. masak cam biasa. tapi bahannya je dikurangkan.