Selalunya orang masak sup ekor kan.. kali ini.. yat masak kari ekor.. hhaaa.. terangkat beb... jangan makan selalu.. nanti boleh tambah otot2 yang sedia ada hehehhehe....
KARI EKOR
Bahan-bahan;
ekor lembu ( tulang lembu pun boleh)
terung bulat di belah 4
kentang di belah 4
serbuk kari daging
santan
asam keping
bahan tumis;
Sedikit bunga lawang dan cengkih
kulit kayu manis
buah pelaga
Sedikit daun kari yang di kisar halus
bawang besar dimayang halus
bawang besar dimayang halus
bawang putih di mayang halus
halia di mayang halus
cili kering di potong kasar
sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak
Cara-cara ;
Panaskan minyak masukan daun kari. Masak 1-2 minit. Kemudian masukan rempah kari.Letakkan sedikit air. Kacau sehingga naik minyak. Setelah rempah tadi garing masukkan sedikit air dan ekor lembu. Masak 15-20 minit. Masukan santan dan kentang ,masak dgn api perlahan. Tunggu sehingga kentang lembut kemudian masukan terung, asam keping, serbuk perasa dan sedikit garam. Di kuali yang lain goreng bahan-bahan tumis sehingga garing dgn minyak yang sedikit kemudian masukan kesemua bahan tadi bersama minyak ke atas kari yang telah dimasak itu tadi. Siap untuk di santap.
8 comments:
yati..ekor unta ke tu..hihihihhi
hehehhe... za.. i ketawa mcm nak pecah perut tau.. bila i baca ekor unta... itu yg i masak tu ekor lembu..hehehhe lembu brazil..hehehheh.. nnti i msak ekor unta yek..hahahhaha
Salam perkenalan :)
Saya bloghopped from mamafami's...
Waaaaaahhh.... sedapnya masakan semua kat sini!
hehhehe.. welcome marlinda... meh kita main msak2... ehhehhe
kak cik...kalau aku makan nie, mau menonggeng tido..yolah ekor nak keluar sat lagi
ada jek pakcik adnan ni...kalu dah menonggeng tu dah rupa mcm dugong lepak tepi kadang lembu
Look delicious. Have you ever tried sop buntut? http://indonesia-eats.blogspot.com/2006/11/sup-buntut-rempah-indonesian-stle-beef.html
yaa. i already have make soup buntut last time
Post a Comment