Thursday, March 13, 2008

JANTUNG PISANG MASAK LEMAK


Nanti nak masak lagi ..kali ni nak letak tempoyah..tempoyak tu ada dalam peti ais tapi lupa nak letak hari tu.. apa-apa hal sedop gak rasanyer.. habis.. rugi beli 1 jerkk. jantung pisang tu.yat sorang jek makan habiss... resepi ini copy dari blog uncle mat kulai.. terima kasih no..

JANTUNG PISANG MASAK LEMAK

Bahan-Bahannya :-)

1 biji jantung pisang nipah
10 - 15 ekor udang sederhana besar (yat letak ikan bilis jek)
2 batang serai, dititik
1 camca besar tempoyak (optional)(yat lupa nak letak)
5 biji limau kasturi, perah jusnya (yat ganti dengan asam keping)
1 cawan pati santan

1 genggam cili padi (boleh kurangkan)*
2 inci kunyit hidup*1 camca teh garam*
(*ditumbuk hingga lumat)
Sedikit air

Cara membuatnya :-)

Kupas jantung pisang sampai jumpa bahagian cerah dan lembut. Belah 6 dan celur 3 minit, toskan. Bersihkan udang, lumur garam dan biar 10 minit, cuci kembali dan toskan.
Dalam belanga, masukkan udang, bahan2 tumbuk, tempoyak dan sedikit air (anggaran 3/4 cawan) gaul rata dan masukkan jantung, didihkan. Tuang pati santan dan masak hingga jantung pisang lembut.
Rasa dan jika kurang masin tambah sedikit garam. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata dan masak sekejap. Boleh angkat dan hidangkan bersama nasi hangat..

3 comments:

Fenrisar said...

This comment has been removed because it linked to malicious content. Learn more.

Wireless said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Wireless, I hope you enjoy. The address is http://wireless-brasil.blogspot.com. A hug.

Kazilar said...

See here or here