Wednesday, January 14, 2009

PEKASAM UTARA


PEKASAM!!! PEKASAM!!! sapa nak pekasam...haa... ni khas untuk cik adik jiya... yang mengidam nak makan pekasam..yatt kene buat sebab dia kan baru kehilangan seseorang... heheh (seseorg ke?)...... resepi ni turun temurun kira-kira ni secret recepi taw...

ikan ini bukan yatt buat, tapi original dari tuk kat kampung yang memang sedap... ramai yang buat tempahan bak kata orang tak menang tangan..import2 mari pekasam!!!!!!! ikan tu mengail sendiri.. yatt tolong goreng ikan pekasam ini dan tolong makankan ikan pekasam ini haaaaa............

PEKASAM UTARA

Bahan-bahan ( 5-6 ikan )

6 ekor ikan puyu (ikan sepat, ikan talapia pun boleh digunakan tapi iakn puyu memang sedap!)
1 cawan garam kasar (halus pun boleh digunakan)
1 cawan beras yang telah digoreng tanpa minyak

Sedikit gula

Cara-cara ;

Bersihkan ikan-ikan puyu, kemudian lumurkan seluruh ikan itu dengan garam biar lebih sikit takpe, masukan ikan tersebut di dalam bekas yang boleh ditutup.Biarkan sampai esok.
Blend beras yang digoreng sehingga halus. Keluarkan ikan dari bekas, selepas tu basuh ikan dan sejat. Taburkan sedikit gula jek taw dan lumurkan beras pada ikan tersebut. Biarkan semalaman didalam bekas tertutup.
Setelah itu masukan dalam peti ais untuk tahan lebih lama(jgn simpan di tempat yg beku simpan di bahagian bawah tempat isi sayuran/buahan)
Kemudian bolehlah di goreng ikan tersebut sehingga garing. Gorengkan sedikit cili kering dan bawang merah dan taburkan diatasnya. Siap utk disantap bersama.

5 comments:

adad said...

hek hek hek! akhirnya muncul jugak ikan pekasam kakyatt ni. ni ni nak tanya skit, ikan tu simpan lam bekas kat luar (suhu bilik) tak pe ker? takut busuk atau keluar ulat.. ekekeke. sori kak yatt, tak pernah terai, sbb tu tanya soklan ntahpapa ni. nanti nak terai ikan talapia merah kut. kalo guna ikan talapia perlu rendam ngan air asam dulu ker nak buang hanyir?

princessharyati said...

ikan tu boleh simpan suhu bilik tp kalu skit kalu byk tu 5-6 ekor lebih baik letak dlm peti ais sb takut ikan tu bucuk , jiya buat 2 ekor dulu ke...kan pastu nnti lepas 3 ari terus goreng. ikan apa2 pun takyah buh asam sebab garam yg banyak dah akan hilangkan lindir dan bau hanyir..kalu boleh try ikan talapia yg saiz kecil baru sedap lepas di goreng, rangup

adad said...

nanti jiya nak terai 2 ekor lu. kalo dah mahir nanti leh wat banyak skit kan. hehe! td masa gi jusco tgk gak ikan talapia merah tp tak segar plak. tengok minggu depan camna... mmg x sabar nak wat ikan pekasam ni.

princessharyati said...

hee..jiya.. kak yatt dpt bayangkan..jiya tiduq tertungging sebab dok mimpi ikan pekasam...haaaa.. beli ikan yg fresh mmg best..good luck, jiya dik ku

hana said...

nak jugak nak jugakk!! tp tak nak buat! nak yatt atau jiya yg bagi!! boleyyyyyyyyyy????? hihihihi.. tau dah jawapan...boleh blah! kuikuikui