Friday, February 13, 2009

DADIH CAPPUCCCINO



Semalam kemas almari tengok ada stok serbuk dadih segera kiriman mak 2 bulan lepas, waahh... zaman sekarang sennag main bancuh bancuh dah siap kan. tapi serbuk dadih ini memang sedap dan sangat lembut. rujukan resepi ni yatt ambil dari MyR. serbuk dadih yatt berperasa cappuccino, buat suku jer dari sukatan resepi di bawah.

DADIH CAPPUCCINO

Bahan-bahan;

1 peket serbuk dadih buah-buahan (perasa ikut pilihan)
1500 ml air
200 ml susu sejat
50 g gula halus
loyang atau acuan puding kecil2 secukupnya

Cara-cara;

Dalam sebuah periuk,masak air,susu dan gula hingga mendidih.Kecilkan api dan masukkan serbuk dadih dan kacau rata.Masukkan pula gula buah2an(sedia ada dlm peket berisi serbuk dadih-2 gm) dan terus kacau.Matikan api. Di sebelah adalah gambar serbuk dadih buah2an..
Tuang adunan puding ke dalam acuan2 kecil hingga habis dan sejukkan. Adunan puding boleh dibubuh ke dalam loyang jika suka.
Setelah puding sejuk pada suhu bilik,simpan di dalam peti sejuk dan siap untuk disajikan.Jika suka,hias puding dgn buah segar yg dipotong kecil atau buah koktel.

4 comments:

CikMin said...

eeeeee...sedapnyer...mesti lembut jek kt anak tekak bila makan dadih ni...ada lebih x?

Jiya said...

dulu lepas skola jiya bisness dadih tapi bukan segera punya... guna bahan2 dadih.

anawahid said...

yattt.. sedapnyer kalo mkn masa cuaca panas nihhh..

princessharyati said...

cik min-ada lebih ni mai sini ke umah pastu jgn lupa bawa 1 paket instant dadih perasa strawberry kiukiukiuu..
jiya-nnti bg secret resepi yang buat dadih dulu
ana-mkn time bila2 pun sedap asai dadih tu sejuk kan...kan..