Saturday, February 14, 2009

NASI GORENG ALA THAI



air liur meleleh bila terkenang kan si moi masakkan nasi goreng ala thai dia.. tak boleh jadi taw, yatt pun kene buat gak, makan dinner semalam, hus kata wah lama betul tak makan nasi goreng ikan masin ;P. thanks moi , ajim suka sangat, than lepas ni boleh tambah koleksi pinggan mangkuk lagi kene bodek habisss niii

NASI GORENG ALA THAI

Bahan-bahan:

3 mangkuk nasi
1/2 labu bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih di ketuk
8 biji cili padi diketuk
Ikan tenggiri masin sebesar 2 jari dipotong kecil.
2 sb sos tiram
1 sb nampla (sos ikan)
2 helai kailan
1 btg kacang panjang dipotong kecil
lobak merah di potong kecil
sedikit daun ketumbar di hiris halus
serai di potong halus (yatt add)
sedikit garam


Cara-cara:

Tumis ikan masin, tekan2 sikit dgn sudip biar dia hancur sikit2. Bila ikan masin nak garing masukkan bwg besar, bwg putih n cili padi. Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram n nampla. Masukkan kacang panjang, lobak merah, serai, daun ketumbar n nasi gaul rata. Letak sedikit garam kalau sos tiram tak masin. Bila nasi dah nak masak baru letak kailan. Angkat n boleh dihidang - boleh tambah sebiji telur untuk menyedapkan lagi.

4 comments:

Jiya said...

hehehe rindu tui la king akak nak makan nasik goreng ikan masin ni... dah brapa thn x makan tu?? hihihi...

sheri said...

alamak, nampak sedap sgt2laaa...menelan air liur mlm2 surf net nih

QiStinA's said...

amboi yatt.. dah kuar nasi goreng die... nampaknye... ajim suruh order RA lagi nie..he..he

princessharyati said...

jiya- king k.yatt ni mmg antu ikan masin haa..lepas ni habis ikan masin k.yatt buat salmon masin lak kiukiukiuiikku
sheri-apa lagi goreng k=jek nasi tu sherry senng
moi- heee.. kalu order lagi mau nnti moi n nor demam n mimpikan pinggan r.a tu kikikiki