Monday, June 1, 2009

KARIPAP ROSE






karipap rose tu dapat ilham dari blog cikwan dari taiwan.. cikwan ini memang kreatif taw.. macam2 resepi best2 yang dia ada...terima kasih ye cik wan
cara untuk membuat karipap pusing kawan-kawan boleh tengok resepi yatt yang lepas .. buat lagi kali ini tak letak crisco ganti dengan minyak sapi.. memang jadi crispy.. karipap ini yatt buat untuk kekawan di sini..best yek dapat kawan baru kat sini.

Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 30 biji );

Doh berminyak :

4 sudu besar margerin
1 sudu besar crisco (shorterning atau2 apa jenis minyak sayur)
1 1/2 cawan tepung gandum

Doh biasa

1 3/4 cawan tepung gandum
satu sudu kecil garam
1 cawan air (jika doh lembik tambah tepung)

Cara-cara;

Step 1 doh berminyak: Ambil margerine + crisco, di uli dgn tepung. Uli hingga doh itu licin dan tidak melekat.Uli doh sampai seolah-olah berminyak. Jika hendak cepat, uli size yg kecik-kecik. Uli dgn betul nanti doh sehingga bersatu, magerin dan tepung, jika seolah-olah pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada beberapa ketul doh.
Step 2 doh biasa: Campurkan tepung gandum , air dan garam yang telah dilarutkan dengan air. Uli hingga licin juga ikut seperti step 1 dan bahagiakan beberapa doh.
Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut, canaikan melentang dan nipis sedikt dan kemudian gulung.

Setelah itu canaikan di atas doh yang di gulung tadi, canai sehingga nipis dan kemudian gulung semula doh tersebut seperti step diatas.
Setelah itu, u all ambil pisau kemudian potong selebar 1 inci lebih kurang dan tengok samada jadi jalur atau tidak. Kemudian ambil doh yang di potong tadi canaikan dan letak inti karipap di dalamnya. Klim karipap itu agar tidak terkeluar inti di dalamnya.
Dah siap dan nampaklah jalur jalur karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.

5 comments:

mummyseri said...

Yatt..nice la epok2 rose tu..unik gitu..suke tgk..

ain said...

jadi la pusingan rose epok2 you!! nak kena try gak le..!!

Zul Faizuddin said...

Wah..ingatkan nak buat jalur2 tu kena pakai special mold ke ape... rupenye buat camtu ek...

Suzi said...

cantiklah...nak kena cuba ni yatt...
betullha tu best jadi kwn yatt kat sana dpt merasa mkn hasil air tgn yatt yg sedap ...hihihi

ima said...

yatt...cantik pusingan rose tu...menjadi.rajin betullah yatt...macam2 resepi ada kat sini.